Sabtu, 3 Februari 2018

Shaklee Penang : Keistimewaan Skin Care Youth Shaklee

Di US, produk YOUTH® telahpun dilancar dan dipasarkan pada bulan Ogos 2017. Yang menariknya orang pertama yang telah menjadi ujikaji produk YOUTH® adalah Ms.Sloan Barnett, isteri kepada pemilik Shaklee Corporation sendiri, Mr. Roget Barnett.

Sebenarnya ini kali pertama Sloan tampil tanpa mekap di khalayak ramai kerana sebelum ini kareer beliau sebagai penulis dan "award winning journalist", beliau sentiasa tampil dengan mekap di wajah. Tetapi demi meyakinkan pengguna produk YOUTH®, Sloan sanggup lakukan ujikaji ini.

Jika anda Google "YOUTH Shaklee USA" anda akan jumpa banyak testimoni pengguna- pengguna di sana.

APAKAH PERBEZAAN YOUTH® DENGAN PRODUK KECANTIKAN KULIT LAIN?

Ini adalah jawapan Chris Kyrou, Ketua Saintis R&D Youth® :

"Jika anda lihat tren sekarang ini, lelaki dan wanita yang inginkan kulit yang cantik dan sihat, mahukan produk yang berasaskan bahan- bahan semulajadi. Dan terlalu ramai pengeluar yang mengaku mereka juga menggunakan bahan- bahan semulajadi. Tetapi pada kebanyakan masa, produk yang mengaku semulajadi ini tidak memberi hasil yang diinginkan oleh pengguna. Ya, semulajadi, tetapi tidak semestinya terbukti berkesan. Di sinilah YOUTH® memenuhi impian pengguna, ianya SEMULAJADI dan TERBUKTI BERKESAN".

Betul jugak tu, semulajadi tapi tak berkesan RUGI JUGAK KAN??

Menurut Chris lagi, YOUTH® memberi fokus kepada isu PENUAAN KULIT WAJAH.

Ada 2 faktor penting dalam memastikan kulit jadi lebih muda berbanding usia iaitu :

PERTAMA, PENGHASILAN ELASTIN DAN KOLAGEN DI DALAM KULIT

YOUTH® diformulasi antara lain dengan menggunakan ekstrak Lotus Japonicus, bahan utama yang memberi signal kepada sel supaya menghasilkan lebih banyak elastin dan kolagen. Inilah sains hebat yang diaplikasi ke atas produk YOUTH®.

KEDUA, PERLINDUNGAN SEL KULIT DARIPADA PENCEMARAN DAN SERANGAN ALAM SEKITAR

YOUTH® menggunakan teknologi yang sama digunakan ke atas produk Vivix, dengan menggunakan ekstrak anggur Muscadine untuk melindungi kulit pada tahap sel. Ekstrak anggur Muscadine diaplikasikan ke atas kulit memberikan kesan perlindungan bukan saja di bahagian luaran kulit, tetapi juga di dalam kulit.

Menurut Chris lagi, formulasi YOUTH® adalah BEBAS DARIPADA 2500 BAHAN BERBAHAYA. Bukan itu saja, jika ada bahan yang diluluskan oleh FDA pun tetapi masih boleh dipersoalkan keselamatannya. tidak akan digunakan dalam formulasi YOUTH®.

Chris menerangkan, kalau ada bahan alternatif yang lebih selamat, yang boleh diambil daripada tumbuh- tumbuhan, ianya akan dipilih oleh para saintis ketika menformulasikan YOUTH®.

Yang lagi mengujakan kata Chris, kini telah ada cara untuk kita menilai usia kulit dengan menggunakan SKIN AGE INDEX. Ini memudahkan lagi bagi YOUTH® membuktikan formulasi yang digunakan benar- benar berkesan kerana ia dapat diukur oleh pengguna sendiri, sebelum dan selepas menggunakan YOUTH®.

Tiada ulasan: