Ahad, 1 November 2015

Assalamualaikum dan selamat malam.. jom malam ini kita cerita bab kenapa rezeki susah nak masuk!!! Saya percaya pada rezeki Allah s.w.t.. marilah kita semua dekatkan diri dengan Allah s.w.t..
Jemput baca ya sebagai rujukan..saya juga copy dan paste untuk tatapan semua :-

Kenapa rezeki susah nak masuk?
Ini persoalan yang kadangkala bermain di minda seseorang. Mungkin ada yang berasa hairan dan pelik apabila nampak orang lain mudah-mudah sahaja kan?

Antara sebab mengapa rezeki susah nak masuk adalah:

1) Gemar mengungkit-ungkit pemberian.
2) Asyik mencanang (mengeluh) perihal duit yang tidak cukup.
3) Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit (KEDEKUT)
4) Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5) Riak bila bersedekah
6) Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7) Tidak/kurang beristighfar
8) Tidak bersyukur / Banyak mengeluh.

Kita perlu sedar bahawa rezeki itu bukan sahaja datangnya dalam bentuk wang. Tetapi ianya juga melibatkan kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang pekerjaan, anak, jodoh dan lain-lain perkara.

Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperolehi rezeki yang melimpah ruah. Tetapi, ketahuilah itu adalah nikmat yang paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil ‘istidraj’ ((Credit))..

Gambar sebagai contoh :-

 

Tiada ulasan: